ANTIOXIDANT ACTIVITY OF THUNBERGIA LAURIFOLIA TEA

Eric Wei Chiang Chan, Yan Yan Lim

JOURNAL OF TROPICAL FOREST SCIENCE · 2006 · 22 citations · 11 references

Concepts

Abstract

CHAN, E. W. C. & LIM, Y. Y. 2006. Aktiviti bahan antioksida dalam teh Thunbergia laurifolia. Berbagai-bagai rawatan pengeringan telah diuji ke atas daun Thunbergia laurifolia untuk menghasilkan teh dengan kandungan jumlah fenol (TPC) dan aktiviti bahan antioksida (AOA) yang boleh dibandingkan dengan kandungan daun segar serta mempunyai aroma yang sesuai. TPC disukat menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu. AOA pula disukat dengan menggunakan 1,1-difenil-2-pikrilhidrazil (DPPH), kuasa penurunan ferik (FRAP) dan pengkelat ion ferus. Teh Thunbergia dengan aktiviti antioksida yang sangat baik dapat dihasilkan dengan menggunakan ketuhar mikrogelombang. Berbeza dengan daun yang dikeringkan dengan ketuhar dan di bawah sinar matahari, TPC dan AOA bagi daun Thunbergia yang dikeringkan dengan mikrogelombang lebih tinggi daripada daun segar. Daun ini yang dikeringkan selama 4 min dengan mikrogelombang masih hijau dan mempunyai sedikit bau wangi. Apabila dikisar, teh hijau beraroma ini menghasilkan seduhan hijau yang berasa tidak begitu pekat. Kecekapan pengekstrakan menggunakan air panas dinilai dan seterusnya TPC dan AOA bagi teh yang dikeringkan dengan mikrogelombang telah dibandingkan dengan teh-teh komersial lain. Dari segi TPC dan AOA, teh Thunbergia yang dikeringkan dengan mikrogelombang jauh lebih baik berbanding dengan teh herba komersial (Java, rooibos dan rang jeud) yang diuji. Bagaimanapun teh hijau dan teh hitam daripada Camellia sinensis menunjukkan nilai TPC dan AOA yang lebih tinggi. Teh Thunbergia yang dikeringkan dengan mikrogelombang mempunyai kebolehan pengkelat yang paling baik berbanding semua teh komersial, termasuk teh hijau dan teh hitam.

References

11