Jurnal Syariah · 2007 · 22 citations · 0 references
Open access
Public AffairsPublic AdministrationQuality ManagementEthicsPublic Service DeliveryTotal Quality ManagementIslamic EthicsOrganizational EthicsPublic Service EthicsService QualityPublic Sector Service QualityPublic Sector ValuesPublic Service Delivery ReformService Values
Nilai dan etika adalah dua istilah yang sering digunakan sama ada dalamsektor awam, swasta mahupun korporat. Ia digunakan dalam perbualanharian tanpa mengira sama ada dari golongan atasan mahupun bawahan,berjawatan tinggi mahupun rendah. Namun, pemakaiannya kadang-kalatanpa kefahaman yang menyeluruh. Bahkan dari sudut konsepnya jugaterdapat pelbagai berbahasan khususnya antara nilai dan etika dariperspektij moden dan Islam. Menjelaskan istilah ini dari sudut konsep modendan Islam adalah sesuatu yang menjadi asas perbincangan da/am penulisanini. Pendedahan khususnya oleh pihak media ten tang pelbagai bentukkeruntuhan nilai dan etika khasnya di kalangan penjawat awam sepertipecah amanah, penipuan, ketidakcekapan, kelewatan dalam sesuatu prosesperkhidmatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya telah menjadipenghalang kepada keberkesanan sistem penyampaian awam di Malaysia.Oleh itu, penulisan ini bukan sekadar mengupas perihal konsep nilai danetika dari perspektij moden dan Islam, tetapi juga mengupas konsep terse butdari sudut amalannya di Malaysia. Penekanan utama dari aspek am alanterse but ditumpukan kepada dua aspek iaitu kepada pembaharuanperkhidmatan awam yang meliputi aspek dasar, peraturan, pendekatanIslam Hadhari serta pelan Integriti Nasional yang menjurus kepada aspeknilai dan etika tersebut yang diistilahkan sebagai 'civil service reform' dan .'organizational policy'. Amalan-amalan pentadbiran ini, dilihat sebagaimekanisme ke arah mewujudkan sistem penyampaian awam berkualiti dinegara ini.