PC USAGE AMONG STUDENTS IN A PRIVATE INSTITUTION OF HIGHER LEARNING: THE MODERATING ROLE OF PRIOR EXPERIENCE

T. Ramayah, Joshua Ignatius, Bushra Aafaqi

2005 · 41 citations · 26 references

Concepts

Abstract

(ICT) negara, kajian ini percaya tentang perlunya Malaysia memberi tumpuan kepada penerimaan terhadap komputer peribadi (PC) di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), terutama apabila trend terkini dan masa depan jelas menunjukkan pertambahan kemasukan bilangan pelajar ke institusi berkenaan. Kajian ini meninjau tentang penggunaan PC di kalangan pelajar-pelajar IPTS yang bekerjasama dengan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bawah skim francais. Soal selidik berstruktur telah digunakan untuk mengutip data daripada pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dalam skim pengajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanggapan tentang mudah atau sukar menggunakan PC (PEU) mempengaruhi tanggapan terhadap kebergunaan PC (PU), dan secara lebih signifikan apabila pelajar terlibat dalam tugastugas asas; tetapi kesan sebaliknya berlaku bagi tugas-tugas yang lebih sukar. Tambahan pula, PU menjadi pengantara sepenuhnya bagi kesan PEU ke atas penggunaan PC bagi tugas-tugas asas sahaja. Didapati juga pengalaman lepas pelajar menjadi pengantara hubung kait antara PEU – penggunaan PC hanya bagi tugas-tugas mudah sahaja. Oleh itu, kajian lanjutan dan implikasi pengurusan bagi pembuat dasar ICT negara dibincangkan

References

26