INTEGRATED MANAGEMENT OF JATROPHA ROOT ROT CAUSED BY RHIZOCTONIA BATATICOLA

Shiv Kumar, Sushil K. Sharma, D. V. Pathak, J. Beniwal

JOURNAL OF TROPICAL FOREST SCIENCE · 2011 · 17 citations · 5 references

Concepts

Abstract

yang disebabkan oleh Rhizoctonia bataticola. Reput akar jatropha yang diakibatkan oleh Rhizoctonia bataticola merupakan penyakit penting yang dilaporkan baru-baru ini di Har yana, India. Kajian pengurusan dimulakan untuk mengurangkan penyakit ini dengan menggunakan fungisid, ekstrak tumbuhan serta agen kawalan biologi. Keputusan menunjukkan bahawa Bavistin and Vitavax sangat berkesan dalam menghalang pertumbuhan R. bataticola dan mengurangkan kejadian reput akar jatropha. Fungisid ini mengakibatkan 100% perencatan pertumbuhan miselium pada kepekatan 50 ppm. Bavistin yang digunakan untuk merawat biji benih serta membasahkan tanah mengakibatkan kematian pracambah (16.7%) dan kematian pascacambah (10.1%) yang paling rendah. Dalam eksperimen in vitro, ekstrak neem pada kepekatan 20% menyebabkan perencatan sebanyak 55.6%. Trichoderma harzianum menunjukkan perencatan pertumbuhan miselium yang paling tinggi terhadap R. bataticola iaitu sebanyak 58.9 %. Secara tunggal, Bavistin pada kepekatan 2 g kg -1 biji benih didapati paling berkesan dengan pengurangan kejadian reput akar sebanyak 36.3%. Kaedah bersepadu menunjukkan pengurangan penyakit yang lebih tinggi berbanding kaedah tunggal. Rawatan Bavistin (2 g kg -1 biji benih) + ekstrak neem (20%) paling berkesan dengan pengurangan sebanyak 67.3% diikuti dengan T. harzianum (15 g kg -1 biji benih) + Bavistin (54.2%) serta ekstrak neem + T. harzianum (44.0%).

References

5