Cellular changes of tracheids and ray parenchyma cells from cambium to heartwood in Cunninghamia lanceolata.

Kunlin Song, B. Liu, Xue Jiang, Yafang Yin

JOURNAL OF TROPICAL FOREST SCIENCE · 2011 · 25 citations · 12 references

Concepts

Abstract

SONG K, LIU B, JIANG X & YIN Y. 2011. Perubahan sel trakeid dan sel parenkima ruji dari kambium ke kayu teras dalam Cunninghamia lanceolata. Perubahan peringkat sel pada dinding sel dan protoplasma dalam trakeid serta sel parenkima ruji ketika pembentukan kayu teras diselidiki pada Cunninghamia lanceolata yang berusia 26 tahun secara mikrostruktur dan ultrastruktur. Ciri-ciri morfologi serta ultrastruktur sel berubah secara signifikan dari kambium ke bahagian dalam kayu teras. Dalam zon kambium, dinding sel fusiform dan sel ruji adalah nipis dan dinding jejari jauh lebih tebal daripada dinding tangen. Sel fusiform dipenuhi vakuol dan protoplasma terhad kepada pinggir lumen sel. Ketika pembezaan sel kayu, sel induk xilem yang sedang mengalami pembezaan mula kehilangan protoplasma. Seiring dengannya, dinding sel juga bertambah tebal dan menunjukkan lapisan dinding yang jelas. Sebaliknya, dinding sel ruji nampak seperti struktur berlamela yang banyak dengan dinding yang lebih nipis berbanding trakeid. Apabila pembezaan trakeid selesai unsur trakeid yang mati dan lompang kekal dalam kayu gubal lalu menyusut. Sebaliknya sel ruji xilem terus hidup. Sel ruji xilem mengandungi protoplasma sel namun jumlah, bentuk serta saiznya berubah apabila menjadi kayu perantaraan. Akhirnya, sel ruji menguraikan protoplasmanya termasuk nukleus, organel dan bahan simpanan. Ini menandakan bermulanya pembentukan kayu teras.

References

12