Concepedia

Publication | Closed Access

EFFECTS OF AGE AND HEIGHT ON PHYSICAL AND MECHANICAL PROPERTIES OF BAMBOO

49

Citations

6

References

2008

Year

Abstract

rumah dan jambatan serta kegunaan lain di Bangladesh. Disebabkan kekurangan kayu, buluh merupakan bahan pengganti utama untuk pembinaan rumah di kampung dan bandar. Pengetahuan mencukupi tentang ciri-ciri fizikal dan mekanik buluh memastikan keselamatan bahan semasa penggunaan. Dalam kajian ini, beberapa ciri-ciri fizikal dan mekanik empat spesies buluh yang tumbuh di tenggara Bangladesh iaitu Bambusa balcooa, B. tulda, B. salarkhanii dan Melocanna baccifera disiasat. Ciri-ciri ini dikaji pada ketinggian buluh yang berlainan dan pada tiga usia berlainan. Bambusa balcooa mempunyai nilai kandungan lembapan yang tertinggi pada keadaan basah. Pada ketinggian buluh yang berlainan kandungan lembapan adalah berbeza bagi semua spesies buluh. Namun, kandungan lembapan tidak berbeza dengan usia bagi semua spesies. Ketumpatan cuma berbeza dengan usia bagi B. salarkhanii dan M. baccifera sahaja. Melocanna baccifera mempunyai nilai ketumpatan yang tertinggi tetapi nilai pengecutan ketebalan dinding kulma yang terendah. Ketinggian buluh dan usia tidak mempengaruhi modulus kekenyalan (MOE) dan modulus kepecahan (MOR). Melocanna baccifera mempunyai nilai-nilai MOR dan MOE yang tertinggi.

References

YearCitations

Page 1