WORKING CONDITIONS AND PRODUCTIVITY OF LOGGING COMPANIES IN MAFUGA FOREST PLANTATION, WESTERN UGANDA

Hussein Kivumbi Balimunsi, John R.S. Kaboggoza, S. W. Abeli, Raffaele Cavalli, Jacob Godfrey Agea

JOURNAL OF TROPICAL FOREST SCIENCE · 2011 · 13 citations · 1 references

Concepts

Abstract

were inferior compared with public logging regime. Workload produced 65% heart rate increase when chainsaw was used. This was a slight increase compared with public logging regime where physical workload was estimated at 57% heart rate increase for chainsaw use. Therefore, the increased productivity observed in this study was not due to improved working conditions but rather, workers were afraid of the employer. Supervisors were more interested in making sure that output increased irrespective of how it was obtained. Poor working conditions could be reversed by the government setting and implementing both practical rules and provisions regarding employment regulations. BALIMUNSI HK, KABOGGOzA JRS, ABELI SW, CAVALLI R & AGEA JG. 2011. Keadaan kerja dan produktiviti syarikat pembalakan di ladang hutan Mafuga, barat Uganda. Kajian dijalankan di ladang hutan Mafuga untuk menilai keadaan kerja, beban kerja fizikal dan produktiviti syarikat pembalakan. Data dikumpul daripada dirian Pinus patula berusia 26 tahun yang ditebang habis. Bagi menilai produktiviti, kajian masa dilakukan bagi penebangan pokok dan gelongsoran. Data beban kerja fizikal diperoleh daripada kadar denyutan jantung yang disukat menggunakan meter eletronik mudah alih. Data keadaan kerja diperoleh menggunakan senarai semak ergonomik dan melalui pemerhatian di lapangan. Purata produktiviti menggunakan gergaji rantai bagi penebangan pokok ialah 16.5 m 3 /jam manakala produktiviti pemotongan lintang ialah 9.9 m 3 /jam. Produktiviti gelongsoran ialah 7.2 m 3 /jam. Nilai produktiviti ini lebih tinggi daripada nilai yang diperoleh daripada syarikat pembalakan awam dengan nilai 9.6 m 3 /jam, 4.2 m 3 /jam dan 3.7 m 3 /jam masing-masing bagi penebangan, pemotongan lintang dan gelongsoran. Keadaan kerja di syarikat pembalakan swasta kurang baik berbanding syarikat pembalakan awam. Beban kerja menyebabkan kadar denyutan jantung bertambah sebanyak 65% apabila gergaji rantai digunakan. Nilai ini lebih tinggi daripada nilai yang dicerap di syarikat pembalakan awam iaitu 57%. Pertambahan produktiviti dalam syarikat pembalakan swasta bukan kerana keadaan kerja yang lebih baik tetapi pekerja berasa takut terhadap majikan. Penyelia lebih mementingkan output tinggi tanpa mengira cara ia diperoleh. Kerajaan boleh memperbaiki keadaan kerja dengan merangka dan menguat kuasa undang-undang tentang penggajian.

References

1