2011 · 11 citations · 25 references
EducationLeadershipInstruction In Higher EducationPedagogyStudent EngagementAcademic StressHigher Education PedagogyMotivation In LearningStress In Healthcare WorkforcesStress Management
ABSTRAK Stres memberi kesan negatif ke atas kesejahteraan jururawat pelatih dan menghalang pembelajaran atau memberi motivasi dan menggalakkan pembelajaran. Kajian ini mengkaji tentang stres dan faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan harian pelajar-pelajar kejururawatan Diploma dan Sarjanamuda. Seramai 241 pelajar kejururawatan terlibat dalam projek penyelidikan ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kejururawatan yang muda (<21 tahun) mengganggap lebih banyak stres daripada pelajar kejururawatan yang lebih senior (≥21 tahun). Pelajarpelajar program Diploma tahun dua menyatakan signifikan stres daripada rakan-rakan mereka (1 dan 3 tahun). Masalah peribadi adalah isu utama yang membimbangkan di kalangan pelajar-pelajar tahun kedua Diploma. Beban kerja pendidikan kejururawatan dan takut gagal kursus kejururawatan adalah tekanan yang utama di kalangan pelajar kejururawatan pertama program kohort Sarjanamuda berbanding senior mereka. Terdapat gabungan kolerasi signifikan yang negatif dan positif diantara akademik dan skor klinikal di kalangan pelajar kejururawatan Diploma dan Sarjanamuda. Stres pelajar kejururawatan tidak dapat mempengaruhi skor GPA mereka. Terdapat kolerasi signifikan yang negatif diantara stres dan skor klinikal di kalangan pelajar kejururawatan Diploma. Terdapat korelasi signifikan yang negatif diantara umur dengan CGPA dikalangan pelajar Sarjanmuda kejururawatan. Pelajar lelaki dan perempuan kejururawatan Diploma dan Sarjanamuda dianggap tidak ada perbezaan dalam tekanan. Hasil kajian ini memberi maklumat penting untuk pendidikan kejururawatan di institut yang dikaji dalam kajian ini, dan mempunyai implikasi bagi penyelidikan masa depan.
25