ISLAMIC HOUSE FINANCING: THE VIABILITY OF ISTISNA' COMPARED TO BAY' BITHAMAN AJIL (BBA)

Hanira Hanafi

Jurnal Syariah · 2006 · 11 citations · 0 references

Full text

Open access

Concepts

Abstract

Rata-rata di Malaysia sekarang, cara pembiayaan pinjaman perumahanyang berlandaskan perbankan Islam adalah dengan menggunakankonsep Bai' Bithaman Ajil (BBA). Konsep syariah ini tersohor untukpembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan. Namun demikian,disebabkan terlalu banyak isu projek perumahan terbengkalai, barubaruini kerajaan mencadangkan konsep bina dan jua/I, iaitu rumahyang hendak dijual oleh pemaju kepada orang ramai hendaklah rumahyang telah siap dan mempunyai sijil layak diduduki. Cadangan inibertujuan untuk menjaga kepentingan awam agar tidak lagi menjadimangsa kepada pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab, di manapembeli rumah terpaksa membayar pinjaman harga rumah kepada pihakbank walaupun rumah yang dibeli tidak siap dan tidak dapat didiami.Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengkaji sama ada carapembiayaan perumahan berkonsepkan BBA sesuai dengan keadaansekarang (iaitu pembiayaan rumah dalam pembinaan) atau mungkin lebihsesuai untuk rumah yang berkonsepkan bina dan jual, yang sekaligusmampu menjaga kepentingan pembeli rumah dan menepati hukum-hukumsyarak yang berkaitan dengannya.